1 - Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yang kamu cintai untuk selamanya dan tiada yang keduanya .
2 - Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri . Jangan sesekali tunggu hari jadinya ya !
3 - Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan . percayalah apabila kamu mengingatinya dia juga pasti mengingatimu kembali .
4 - Sentiasa berkongsi rahsia dengannya . Si dia merasa sangat dihargai kerana kamu tidak pernah berahsia dengannya .
5 - Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali sesekali merendahkannya . Tugas kamu adalah memberikan kata-kata semangat kepadanya .
6 - Jangan malu untuk memberikan mesej yang menyatakan kamu merindukannya terutama apabila dia jauh daripada kamu .
7 - Jangan terlampau berdandan sehingga dia bosan denganmu .
8 - Lelaki juga sukakan hadiah tapi mereka tak tunjuk . Jadi apa salahnya perempuan pulak yang bagi hadiah kat laki meski bukan pada hari lahirnya . Pasti berbunga-bunga hatinya .
9 - Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu .
10 - Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain berbanding dirinya .
11 - Raikan hari jadinya dan lakukan sambutan dan kejutan yang berlainan setiap tahun .
12 - Belajarlah membuat keputusan sendiri . Jangan terlalu berharap padanya .
13 - Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada di dalam hatimu . Belajarlah berterus terang .
14 - Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam .
15 - Jika si dia membayar tiket wayang , apa salahnya jikalau kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan .
16 - Hargailah privacy nya . Jangan sesekali menceroboh diarinya .
17 - Sekiranya ada kelapangan , ajaklah dia bercuti .
18 - Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan si dia sahaja yang memandu . Tawarkan dirimu untuk memandu .
19 - Berikan gelaran yang mesra tetapi hanya kalian berdua sahaja yang mengetahuinya .
20 - Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya , berpura-puralah yang kamu tidak pernah mengetahuinya .

No comments:
Post a Comment